Terjemahan
1. Terjemahan Umum
Terjemahan untuk jenis ini merangkumi teks dan penulisan umum seperti rencana umum, siaran akhbar, buku ilmiah, iklan, poster, terjemahan berita, rencana pengembaraan, pelancongan, teks kreatif (kesusasteraan, teks bacaan kanak- kanak) dan sebagainya.
2. Terjemahan Khusus
i. Teknikal & Separa-Teknikal
Kami menawarkan khidmat terjemahan untuk teks khusus seperti teks teknikal dan separa-teknikal yang mempunyai keseimbangan antara sains dan sastera, memerlukan praktis terjemahan yang khusus, dan untuk tujuan yang khusus. Penterjemahan untuk teks dan dokumen dalam bidang ini mungkin merupakan tugasan yang mencabar. Namun begitu, tujuan utama terjemahan ini dilakukan adalah untuk
membolehkan pembaca/pengguna memahami kandungannya dengan lebih baik dan dapat menggunakan produk dengan lebih
efektif dan cekap (Markel, 2001:4 dalam Bryne, 2012).
Jenis dokumen dan kandungan yang biasa dikategorikan sebagai teknikal adalah luas dan pelbagai. Antara teks yang biasa ditemui ialah:
- kejuruteraan dan teknologi – mekanikal, elektrik, elektronik, kimia atau perubatan,
- sains – kimia, fizik dan biologi,
- pengangkutan – aeroudara, industri automotif,
- teknologi maklumat,
- bahan-bahan pendidikan,
- maklumat persekitaran,
- pengurusan perniagaan, perbankan,
- sains popular
- permohonan dan kertas cadangan,
- slaid pembentangan,
- dokumen terkawal,
- helaian data teknikal,
- panduan pengguna,
- laporan tahunan syarikat,
- laporan kewangan,
- sukan dan permainan
- kandungan teknikal,
- kandungan linguistik,
- medium teknikal, dan
- proses kerjanya
ii. Saintifik
Khidmat terjemahan untuk teks sains yang mempunyai ciri-ciri seperti logik, tepat, mempunyai elemen hujahan, bersifat denotasi, yang turut melibatkan penggunaan singkatan, akronim, istilah, formula dan ungkapan yang standard.
Dokumen saintifik ini secaranya umumnya ditulis sebagai sebahagian daripada proses penyebaran maklumat pada skala antarabangsa yang mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat moden (Pinchuck, 1977:13 dalam Bryne, 2014:1).
Penterjemahan jenis ini turut merangkumi teks sains tulen seperti:
- biologi,
- kimia,
- fizik,
- matematik,
- laporan penyelidikan,
- laporan dan penulisan saintifiik,
- Helaian Data Keselamatan Bahan
(Material Safety Data Sheets, MSDSs), - teks kesihatan dan perubatan,
- jurnal saintifik,
- sains popular,
- sains pemakanan dan kesihatan,
- kajian kes,
- sijil pengesahan,
- lain-lain
iii. Undang-undang
Kami menawarkan khidmat terjemahan untuk bahan penulisan yang digunakan dalam ruang lingkup undang-undang dan untuk tujuan perundangan. Apabila ada keperluan untuk terjemahan teks undang-undang yang melibatkan pengesahan badan yang bertauliah, keperluan ini juga akan dipenuhi.
iv. Kewangan
Bidang khusus ini merangkumi bidang ekonomi dan kewangan, yang melibatkan banyak konsep dan kosa kata yang khusus. Permintaan untuk terjemahan bidang ini semakin meningkat disebabkan perkembangan globalisasi dan keperluan ini tidak hanya terhad kepada syarikat multinasional sahaja, tetapi juga diperlukan dalam urusan pelbagai saiz.
Penggabungan dan pemerolehan turut menjadi faktor penting kepada keperluan terjemahan ini, misalnya satu syarikat berminat untuk membeli atau meluaskan perniagaan mereka ke negara lain.
Trend urusan perniagaan semasa yang memanfaatkan penggunaan saluran komunikasi sosial dan alatan digital percuma menyebabkan strategi pemasaran yang lebih meluas dan lebih pantas diperlukan, untuk mempercepat kitaran perniagaan, mengekalkan sokongan dan kesetiaan pelanggan terhadap produk secara berterusan.
Komuniti pengguna dan pelanggan bidang kewangan yang terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai bahasa, serta dasar dan peraturan negara juga menjadi faktor khidmat terjemahan diperlukan.
Oleh itu pasukan penterjemah kami yang mahir dan berpengalaman dalam bidang kewangan akan menguruskan terjemahan dalam bidang ini, perbincangan dan rujukan kepada pakar bidang dilakukan dari semasa ke semasa, begitu juga dengan penggunaan konsep dan istilah yang tekal sepanjang masa. Pasukan kami akan sentiasa meningkatkan pengetahuan bidangan berdasarkan perkembangan semasa.
Kami sentiasa mengambil berat akan peraturan kewangan yang berbeza oleh negara-negara yang berbeza, peraturan dan dasar kewangan yang sentiasa berubah-ubah, serta sifat bidang yang tinggi kerahsiaannya dan keperluan untuk mematuhi tarikh akhir projek.
Khidmat kami merangkumi terjemahan untuk:
- komunikasi institusi,
- pendedahan kewangan,
- penyata pendapatan,
- kunci kira-kira,
- laporan Audit,
- laporan cukai,
- laporan tahunan,
- dokumen perundangan,
- insurans,
- prospektus,
- kontrak,
- pakej perkihdmatan dan produk,
- pelaburan dan perbankan
v. Pendidikan
Kami juga menawarkan khidmat terjemahan untuk bidang pendidikan, dengan kesedaran bahawa penterjemahan merupakan keperluan penting untuk memandaikan bangsa. Pemindahan maklumat dan perkongsian pengetahuan adalah elemen penting dalam pendidikan. Pengetahuan ini diperlukan dalam semua peringkat pendidikan, daripada kanak-kanak
sehinggalah pendidikan tinggi, malahan juga penting untuk pembelajaran seumur hayat.
Oleh itu penterjemahan dalam pendidikan meliputi ruang lingkup yang sangat luas, daripada sumber, dan pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Khidmat terjemahan kami meliputi dokumen-dokumen berikut:
- dasar dan garis panduan pendidikan
- buku teks
- sumber dan buku rujukan
- bahan penilaian dan pentafsiran,
- platform e-pembelajaran,
- kandungan pembelajaran digital,
- kandungan kursus dan pelatihan,
- komunikasi dalam ruang lingkup institusi pendidikan dan
pemegang taruh, - penerbitan akademik,
- laporan penyelidikan,
- tesis dan disertasi
- bahan-bahan penerbitan
- prosiding persidangan,
- pembentangan, webinars,
- memorandum persefahaman,
- dokumen lain yang berkaitan
Selain itu, khidmat terjemahan kami juga meliputi komunikasi yang melibatkan pihak dalam ruang lingkup pendidikan dan masyarakat seperti:
- risalah,
- buku panduan,
- dokumen untuk ibu bapa,
- surat berita,
- laman sesawang insitusi pendidikan,
- pengetahuan untuk masyarakat umum
Kami mempunyai pasukan penterjemah yang mahir dalam hal ehwal pendidikan yang tentunya dapat menjanjikan hasil terjemahan yang sangat berkualiti.
vi. Kesihatan/Perubatan
Kami juga mempunyai pasukan penterjemah yang mahir dalam bidang perubatan dan farmaseutikal. Dokumen dalam bidang ini melibatkan idea-idea yang khusus dan dicirikan oleh penggunaan konsep dan istilah yang betul-betul perlu difahami sebelum sesuatu terjemahan dilakukan. Oleh itu penterjemah yang berpengalaman dan mahir diperlukan untuk memastikan terjemahan yang tepat dan boleh dipercayai oleh pelanggan.
Kegagalan menghasilkan terjemahan yang tepat bukan sahaja memberi implikasi yang tidak baik terhadap kesihatan pesakit, malahan turut memberi kesan terhadap kewibawaan syarikat.
Dokumen kesihatan/perubatan yang kami tangani ialah:
- risalah maklumat kesihatan,
- panduan kesihatan,
- panduan pesakit,
- maklumat produk,
- borang perakuan/persetujuan pesakit & penjaga,
- laporan perubatan,
- jurnal dan penerbitan perubatan,
- projek dan laporan penyelidikan,
- peraturan farmaseutikal
vii. Perniagaan
Komunikasi yang efisyen, meluas, pantas dan boleh dipercayai adalah satu daripada faktor yang membolehkan sesebuah ekonomi dan perniagaan berkembang maju. Oleh itu strategi yang digunakan untuk berkomunikasi dengan pelanggan, rakan perniagaan dan pihak berkuasa undang-undang adalah sangat penting dalam sesuatu perniagaan. Penulisan dan dokumen perniagaan ini perlu dihasilkan dengan secekap mungkin untuk merealisasikan matlamat perniagaan.
Kami bersedia menawarkan perkhidmatan penterjemahan dokumen perniagaan pada bila-bila masa diperlukan. Pasukan penterjemah kami terdiri daripada mereka yang bukan sahaja mahir dalam bidang linguistik malahan juga dalam bidang perniagaan.
Hubungi kami jika anda inginkan terjemahan dalam dokumen yang berkaitan dengan:
- dokumen pembelian,
- e-dagang,
- perjanjian jual-beli (S&P agreement),
- borang pemerolehan vendor,
- sebutharga,
- maklum balas lepas jualan,
- dokumen perkhidmatan pelanggan dan soal selidik
pelanggan, - kajian pasaran dan pelan perniagaan,
- risalah dan katalog,
- laman sesawang,
- pembentangan,
- dokumen dan deskripsi produk
viii. Pengiklanan
Untuk membolehkan promosi perkhidmatan dan barangan berjaya dalam pelbagai latar budaya dan negara, semua mesej verbal dan visual yang digunakan bersama-sama dengan barangan itu sendiri perlu dihasilkan semula seolah-olah ia kelihatan seperti dihasilkan dalam sesuatu negara atau budaya tertentu.
Oleh itu, terjemahan yang berkualiti tinggi, khususnya dalam penghasilan semula mesej verbal dan bertulis perlu dihasilkan agar bersesuaian dengan budaya dan pembaca sasaran. Kami sentiasa bersedia menawarkan khidmat terjemahan kami sama ada untuk dokumen bertulis, atau terjemahan untuk diujarkan dalam bentuk dialog atau suara latar dalam iklan.
Kami akan sentiasa memberi perhatian pada jenis genre, jenis teks, audiens yang disasarkan, budaya yang terlibat, serta faktor-faktor lain yang berkaitan, agar nisbah informasi-pemujukan tinggi secara seimbang dalam teks atau iklan yang diterjemahkan (Torresi, 2010:26). Sekiranya ciptaan semula (transcreation) diperlukan, kami cuba mengusahakannya agar nada teks sumber dapat dikekalkan dalam hasil terjemahan.
Kami bersedia menawarkan khidmat kami, melalui kaedah:
- menterjemah teks sumber sahaja, atau
- mengubah suai sebahagian elemen teks sumber dalam
terjemahan, atau - mengadaptasi keseluruhan teks sumber
ix. Industri Fesyen
Industri fesyen merangkumi bidang yang luas, daripada mereka bentuk atau menghasilkan produk baharu, penglibatan dengan barangan tekstil, dan penjanaan idea baharu sehinggalah pengiklanan fesyen atau produk. Industri ini bukan sahaja melibatkan produk, malahan juga individu yang memberi impak secara langsung dalam industri ini (pereka bentuk, penata gaya, jurufoto, pereka set, pengiklan dan sebagainya). Perniagaan
fesyen berkait dengan gaya pemakaian pakaian, kosmetik, pelakuan yang berkaitan dengan bidang fesyen, khususnya yang berhubung dengan gaya terbaharu yang digemari ramai.
Industri ini turut merangkumi logistik, pengeluaran, hubungan dengan vendor, dan penghantaran, dan ini memberi kesan secara langsung kepada sumber dan dokumen yang akan diterjemahkan.
Berdasarkan keperluan ini, maka kami bersedia menawarkan khidmat terjemahan untuk keperluan industri ini, antaranya:
- kempen pemasaran koleksi baharu,
- iklan tv dan dalam talian,
- laman sesawang,
- surat berita dan blog
Selain itu, anda juga boleh mempercayai khidmat kami untuk menterjemah:
- deskripsi, identiti barangan dan jenama,
- temu bual,
- artikel majalah dan akhbar,
- maklumat pertunjukan fesyen,
- katalog barangan,
- kandungan pelatihan dan bengkel,
- kandungan digital fesyen,
- pembentangan,
- penyelidikan dan analisis pasaran,
- iklan fesyen
x. Terjemahan/Lokalisasi Laman Web
Permintaan terjemahan yang sangat signifikan pada era digital sekarang dapat dilihat sebagai hasil daripada lokalisasi laman web, dan merupakan bidang yang begitu berkembang maju dalam sektor penterjemahan (Lockwood, 1999). Hal ini bermaksud, pembaca boleh membaca teks dalam bahasa mereka sendiri, sama seperti fungsi yang dibawakan oleh bahasa sumber sesuatu laman web. Namun begitu terjemahan laman web, atau lebih tepat lagi, lokalisasi laman web bukan hanya akan melibatkan terjemahan langsung teks malahan lebih daripada itu. Lokalisasi, secara khususnya bermaksud, terjemahan silang bentuk, yang melibatkan lebih daripada satu bahasa dan medium, yang disesuaikan dengan latar pengguna produk sasaran (mengikut wilayah/negara dan bahasanya).
Dalam proses ini, lokalisasi bahasa berlaku, iaitu proses menterjemah sesuatu produk ke dalam bahasa yang berbeza atau mengadaptasi sesuatu bahasa untuk negara atau wilayah yang khusus. Proses adaptasi bahasa dan budaya bagi produk dan kandungan digital akan disesuaikan dengan penerima sasaran mengikut keperluan sasaran. Biasanya adaptasi ini akan melibatkan isu pengubahsuaian teknikal, visual dan teks dalam laman web. Oleh itu penterjemahan atau lokalisasi laman web bukanlah bentuk pemindahan bahasa yang mudah tetapi melibatkan proses yang lebih kompleks dan lebih komprehensif (cabaran teknikal, bahasa & budaya).
Pada masa sekarang, pasukan kami akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghasilkan terjemahan yang betul dan sepadan bagi kandungan penulisan dalam laman web dan skrip untuk penyuaraan (VO), yang dihasilkan dalam format Words atau aplikasi lain yang bersesuaian.
xi. Audiovisual/Multimedia
Teks audiovisual (AV) merupakan teks yang melibatkan penggunaan secara serentak saluran audio dan visual. Jadi, teks yang menggunakan teks pelbagai lambang ini (polisemiotik) secara umumnya akan disediakan untuk ditonton dan didengar oleh penonton.
Contohnya, teks AV seperti program televisyen (TV) dan filem akan memanfaatkan gerak isyarat, imej visual, bunyi, pergerakan, bahasa lisan dan bertulis untuk menghasilkan makna yang sempuna dan lengkap untuk teks.
Umumnya terdapat empat mod utama penterjemahan audiovisual (AVT): sari kata, alih suara, suara latar dan penyuaraan. Oleh itu, dalam konteks moden, seperti AVT ini, khidmat kebahasaan ini perlu mempertimbangkan konsep seperti keaslian, makna, kesetiaan, kebolehterimaan, kebolehbacaan dan kebolehgunaan agar penonton dapat ikut serta membina makna untuk teks audiovisual ini. Hasilnya,
kerja-kerja penterjemahan memberi satu dimensi baharu kepada amalan dan kecekapan baharu penterjemah memandangkan kerja-kerja penterjemah tidak lagi terhad kepada kebiasaan penterjemahan tekstual yang bertulis semata-mata tetapi turut melibatkan aktiviti pelengkap yang
berkaitan seperti penulisan teknikal, penyuntingan dan lain-lain.
Dokumen media AV akan ditemui dalam bidang:
- pengajaran dan pembelajaran: slaid pengajaran, tv dan
video, - pelatihan dan pendidikan: gambar dan bunyi,
- komputer dan internet: laman web, pengstriman video,
video persidangan, - media baharu: Facebook (FB), Twitter, blog, internet
messaging, aplikasi WhatsApps, dan lain-lain, - dokumen polisemiotik: grafik bersuara, audio yang tidak
ada pengucapan, peta, animasi, permainan dan lain-lain, - penulisan skrin dan lakon layar,
- bahasa yang diskripkan dan tidak diskripkan,
- industri permainan video,
- sari kata untuk mereka yang bermasalah pendengaran
(SDH), - deskripsi audio – visual diverbalkan,
- pengajaran bahasa asing (bahan-bahan video),
- bahan-bahan pemerolehan bahasa kedua,
- lain-lain
Maka, dalam usaha untuk menangani terjemahan untuk bidang ini, maka pengetahuan tentang budaya asal pertuturan, empati dengan keperluan penonton baru dan memahami jenis perantara audiovisual yang digunakan adalah sangat penting.
Untuk itu, pasukan kami bersedia menyediakan khidmat untuk keperluan:
- sari kata (Interlingual & Intralingual),
- sari kata untuk mereka yang bermasalah pendengaran,
- terjemahan skrip untuk suara, alih suara, dan suara latar,
- terjemahan untuk teks multimodal (iklan, poster, kempen, mesej sosial dan sebagainya),
- transkripsi
Pada masa terdekat kami akan meluaskan khidmat untuk:
- deskripsi video,
- pemainan video
xii. Dokumen
Penterjemah kami sedia menterjemah pelbagai dokumen, daripada dokumen umum kepada dokumen terkawal, bergantung pada keperluan pelanggan, berkualiti tinggi, dengan pantas.
Hubungi kami jika anda memerlukan perkhidmatan penterjemahan untuk:
- dokumen awam dan dokumen rasmi,
- dokumen yang perlu disahkan seperti pelbagai jenis sijil,
diploma dan transkrip, - perjanjian,
- perjanjian jual beli, sewa beli,
- soal selidik,
- maklum balas pengguna,
- dokumen berkaitan industri halal,
- dokumen entri antarabangsa,
- dan lain-lain
3. Penyuntingan & Penyemakan
Penyemakan dan penyuntingan teks berkaitan sepenuhnya dengan kerja-kerja penyuntingan naskhah, penyuntingan gaya, penyuntingan struktur dan penyuntingan kandungan. Secara umumnya, penyuntingan bermaksud membaca teks yang bukan hasil terjemahan untuk menyemak sekiranya ada masalah yang muncul dalam penulisan, dan membuat penambahbaikan yang sepatutnya (Mossop, 2014:29).
Penyemakan pula bermaksud membaca terjemahan dengan merujuk kepada teks sumber dan penambahbaikan dibuat pada mana-mana bahagian yang perlu (Mossop, 2014:1).
Penambahbaikan ini perlu untuk memastikan penulisan menjadi lebih mudah dibaca dan difahami, dan bersesuaian dengan golongan pembaca semasa atau akan datang. Kami akan memastikan hasil kerja kami dapat memenuhi kebiasaan peraturan linguistik dalam masyarakat, dan kaedah yang paling sesuai untuk menghasilkan dan menterjemah genre dokumen yang terlibat, dan pada masa yang sama turut mengambil kira tujuan penerbitan oleh mana-mana penerbit yang berkenaan.
Ringkasnya, penyuntingan dan penyemakan ini bertujuan untuk memastikan elemen linguistik betul, sesuai dengan gaya penulisan teks bagi membolehkan pembaca memahaminya dan mengambil manfaat daripada penulisan dan penterjemahan ini.
Selain itu, khidmat ini turut merangkumi pascapenyuntingan
terjemahan mesin (MTPE).
Khidmat profesional kami akan membantu anda untuk mengelak daripada melakukan kesilapan bahasa dalam komunikasi yang boleh
menjejaskan imej dan kewibawaan anda dan syarikat anda.
Jadi pastikan anda dapat membuat pilihan yang tepat atau bersesuaian tentang khidmat yang anda perlukan.
4. Penulisan/ Penterjemahan Iklan
Penulisan iklan merupakan penulisan yang dilakukan untuk tujuan pemasaran. Matlamatnya adalah untuk mengiklankan sesuatu produk atau jenama, memacu jualan dan menggalakkan maklum balas secara langsung.
Salah satu keistimewaan iklan ialah penggunaan bahasa yang
kreatif. Bahasa yang digunakan sering dimanipulasi/menyeleweng daripada penggunaan biasa bagi mendapatkan kesan-kesan tertentu. Bahasa iklan mempunyai ciri-ciri tertentu yang digunakan secara standard dalam kebanyakan iklan. Misalnya penggunaan deskripsi yang jelas, padat, konstruksi perbandingan, neologisme, pengulangan, janji, serta peranti retorik yang menarik, seperti simile, analogi, alegori dan metafora.
Ringkasnya, iklan melibatkan ciptaan teks yang unik untuk tujuan khusus. Peranan iklan secara umumnya bertujuan untuk menarik perhatian, menimbulkan minat, membangkitkan keinginan, menyemai kepastian dan mendorong tindakan (AIDCA).
Jefkins, F & Yadin (2000) mengaitkan iklan biasa digunakan untuk bidang-bidang berikut:
- pengguna (barangan dan perkhidmatan pengguna),
- perniagaan-ke-perniagaan (barangan dan perkhidmatan
yang bukan berasaskan pengguna), - perdagangan (pengedar, agen, pengimport, pengeksport,
peruncit), - peruncitan (pusat membeli belah, pasaraya, stesyen
minyak), - kewangan (banks, insurans,pelaburan),
- perekrutan (pengambilan pekerja)
Pasukan kami akan menggunakan kemahiran kami untuk memanfaatkan bahasa sesuai dengan kepelbagaian cara dan tujuan pengiklanan diadakan. Kami juga akan menggunakan nada, gaya dan jargon dan istilah terbaik yang relevan dengan keperluan pelanggan dan bidang dalam industri.
Kami juga akan memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran kami dalam memahami dan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap aspek budaya dan gender yang berkaitan dengan audiens, serta cuba menyampaikan mesej dengan cara yang paling mudah untuk sesuatu iklan difahami dalam kalangan pengguna akhir. Kami akan memastikan terjemahan yang dihasilkan mampu membawakan makluman produk anda sampai dengan seberkesan mungkin kepada audiens atau
bakal pengguna.
Hubungi kami sekiranya anda memerlukan khidmat penterjemahan iklan atau dokumen yang berkaitan dengan periklanan untuk:
- televisyen dan radio,
- laman sesawang, buletin,
- risalah langsung,
- katalog,
- tagline,
- hantaran sosial media,
- komunikasi pemasaran yang lain-lain,
- apa-apa teks yang digunakan untuk mempromosi produk