Perkhidmatan Lain

1. Perundingan Bahasa

Khidmat perundingan yang berkaitan dengan aspek kebahasaan untuk keperluan penggunaan yang pelbagai seperti penulisan, perundingan, komunikasi rasmi dan tidak rasmi, kemajuan kerjaya dan lain-lain, turut disediakan oleh syarikat kami.

2. Perundingan Pendidikan/Pelatihan

Khidmat perundingan yang kami disediakan merangkumi pembangunan modul, pelatihan dalam pelbagai bidang seperti kerjaya, latihan dalam perkhidmatan, pendidikan, komunikasi rasmi, dan lain-lain.

3. Penulisan/ Penyuntingan Kandungan Pendidikan

Kami turut menyediakan khidmat penulisan dan penyuntingan kandungan yang bernilai untuk bidang:

  • pendidikan,
  • penerbitan,
  • hiburan,
  • pemasaran,
  • promosi, dan lain-lain.
 

Penulisan ini turut melibatkan bentuk penulisan yang lebih khusus yang memberi tumpuan kepada pemasaran, memupuk hubungan baik atau kepercayaan dengan pengguna, menghubungkan pelanggan secara positif dengan jenama produk dan meningkatkan autoriti dalam domain yang diwakili.

4. Penulisan Semula

Kami menyediakan khidmat penulisan semula secara menyusun semula kandungan dalam bahasa sumber atau dalam bahasa sasaran untuk membolehkan maklumat yang ingin disampaikan bersesuaian dengan keperluan pembaca, dan keperluan penerbitan. Aliran terkini menunjukkan terdapat banyak permintaan terhadap penghasilan ‘penulisan yang mudah’ untuk dokumen khusus bagi keperluan orang ramai.

Kadangkala adaptasi diperlukan dalam penulisan semula untuk menyediakan dokumen tambahan atau cara baharu mesej ingin disampaikan kepada pembaca baharu. Kaedah ini mungkin akan melibatkan sama ada penulisan semula sepenuhnya, atau hanya perubahan kecil dilakukan terhadap ayat yang sedia ada. Biasanya penulisan semula ini dilakukan untuk memudahkan dokumen yang khusus difahami oleh pembaca umum.

5. Tekstil/Runcit

Zill's Scarves

Untuk maklumat lanjut, sila layari: